InsyaAllah kali ini kami akan kongsikan prinsip-prinsip terjemahan.
Orang yang pertama sekali mengemukakan teori terjemahan ialah Eitenne Dolet.
beliau telah mengemukakan prinsip-prinsipnya yaitu:
- penterjemah hendaklah benar-benar memahami isi dan hasrat penulis teks asal.
- Penterjemah mestilah menguasai dengan baik bahasa asal dan bahasa penerima terjemahan itu.
- Penterjemah tidak boleh menterjemah perkataan demi perkataan kerana perbuatan itu akan merosakkan makna asal teks tersebut dan menyebabkan terjemahan itu tidak indah dibaca, padahal teks asalnya mungkin sangat sedap dan mudah dibaca.
- Penterjemah hendaklah menggunakan bentuk-bentuk bahasa yang biasa digunakan di dalam bahasa penerima untuk menggantikan bentuk-bentuk bahasa asalnya.
- Penterjemah mestilah mencipta semula kesan dan semangat keseluruhan teks asal.
Dolet juga
menyatakan bahawa amat penting untuk seorang penterjemah mengetahui semangat
dan tujuan pengarang asal. Selain itu, beliau juga menyeru para penterjemah
supaya tidak melakukan kesilapan terjemahan harfiah. Kaedah yang terbaik adalah
dengan menterjemah menggunakan gaya bahasa harian. Kaedah ini amat sesuai
terjemahan untuk pembacaan orang awam. Manakala menurut beliau unsur stilistik
penting hanya untuk terjemahan yang serius sahaja.
selain prinsip-prinsip terjemahan diatas ada lagi prinsip-prinsip terjemahan yang lain yaitu
Tidak megubah maksud pengarang teks asal.
Menghasilkan terjemahan yang mudah difahami pembaca
Menghormati tatabahasa penerima
Menterjemah Makna Bahasa bukan menterjemah bentuk bahasakesimpulannya, berpandukan kepada prinsip-prinsip ini, seorang penterjemah diharapkan dapat menghasilkan satu karya yang boleh dipercayai sebagai satu karya terjemahan, dan karya ini adalah sebuah karya yang boleh difahami serta selesa untuk dibaca.
sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Penterjemahan
by: Ramadanti idrus
Tiada ulasan:
Catat Ulasan