Ahad, 28 April 2013

Jenis-Jenis kamus ( Alat Bantu Menterjemah )

kawan-kawan jika kita ingin menterjemahkan sesuatu ayat yang belum kita ketahui tentu kita akan memerlukan alat bantu,,???
mesti semua orang dah tahukan salah satu alat bantu dalam menterjemah ialah Kamus...
betul x kawan-kawan,,????
jom kenali apa itu kamus,,,??? menurut pandangan kawan-kawan kamus itu apa ya,,???
boleh kongsikan x,,,????
kamus ialah Sejenis buku rujukan yang menerangkan makna perkataan, berfungsi untuk membantu para pengguna mengenal perkataan baru, mempunyai panduan sebutan asal. 

nah ini dia jenis-jenis kamus...!!!!

  • KAMUS EKA BAHASA
Kamus Eka Bahasa ialah kamus yang hanya menggunakan satu bahasa sahaja kata-kata entri dan penjelasannya terdiri daripada bahasa yang sama.takrifan makna dibuat berdasarkan makna yang diberikan dalam contoh ayat. Penyusunan dibuat berasaslan pembuktian data korpus.
contoh kamus Eka Bahasa ialah seperti: Kamus Dewan, Qamus al-wasit dll.

  • KAMUS DWI BAHASA
Kamus Dwi Bahasa ialah Kamus yang menggunakan dua bahasa kata masukan diberi padanan atau pemerian takrifnya dengan menggunakan bahasa lain. 
contohya:    Kamus Besar Arab-Melayu Dewan, Kamus al-Marbawi  kamus Indonesia- Arab
Arab-Indonesia dll

  • KAMUS ANEKA BAHASA/MULTI BAHASA
Kamus jenis ini sekurang-kurangnya akan menggunakan tiga bahasa dalam menterjemah
contoh: kamus Melayu-Cina -Inggeris, Melayu-Arab-Inggeris dll.

itualah diantara jenis-jenis kamus yang boleh kita pakai dalam menterjemah...

kawan-kawan kenapa ya kamus diperlukan sekali dalam menterjemah,,??? ok3 kita jawab sendiri ya,,
kerana Kamus boleh membantu penterjemah mencari padanan kata yang tidak diketahui dan Ada kalanya, penterjemah tidak dapat mencari padanan makna sesuatu kata daripada kotak memorinya. Oleh itu, dia perlu merujuk kamus. Kamus amat diperlukan oleh semua penterjemah, baik yang profesional mahupun yang amatur kerana ia merupakan alat bantu yang paling berguna ketika penterjemah tidak mengetahui padanan terjemah yang sesuai untuk satu-satu perkataan teks sumber, baik perkataan yang menyangkut  linguistik atau budaya.



Sekian... 
Terima Kasih
Semoga Bermanfaat...












 
Ditulis oleh:Rama danty

Tiada ulasan:

Catat Ulasan