Ahad, 24 Mac 2013

WASIAT DAKWAH :)

10 wasiat Hassan al Banna

1)Wahai kawanku, Segeralah tunaikan solat di awal waktu Dikala mendengar azan Usahakanlah semampu terdaya. Ini membuktikan kesungguhan anda. Di situ ada sumber kejayaan Di situ ada sumber pertolongan Di situ ada sumber taufiq Perhatikanlah banyak perintah ayat al-Quran. ... dimulakan dengan menyebut solat di awalnya Perhatikanlah Tuhan mensyariatkan solat... Juga di medan perang. Walaupun... Di saat genting dan cemas.

2)Wahai kawanku, Bacalah al-Quran dan cuba memerhati mesejnya Selalulah berzikir dan cari ilmu walaupun sedikit Kurangilah dengan masa yang tidak bertujuan Sesungguhnya al-Quran adalah sumber asli lautan ilmu Sumber hidayah kepada anda dan saya Bacalah al-Quran, kelak ia memberi syafaat. Sentiasalah membaca, menghafal dan... Cuba hayati mesej arahannya. Selalu berzikir, berzikir dan terus berzikir!!! Di sini ada ketenteraman Di sini ada kedamaian Di sini ada kesalaman Jadilah hamba yang sejahtera.

3)Wahai kawanku, Dorongkanlah diri untuk menguasai Bahasa al-Quran Mulakan dulu walaupun sepatah perkataan Sebenarnya anda telah lama bermula Iaitu sejak anda solat setiap hari Sebut dulu walaupun tak faham. Antara mala petaka pertama menimpa umat kita... Ialah kecuaian menguasai bahasa agamanya. Juga mengutamakan bahasa pasar, Ayuh !!! Apa tunggu lagi?????? Bukalah ruang walaupun seminit !!!

4)Wahai kawanku, Usahlah bertarung idea tanpa adabnya!!! Berdebatlah jika kiranya berbuahkan kebaikan Awasilah pertengkaran Kerana di sana ada unsur lain membisikkan? Syaitannnn namanya !!!

5)Wahai kawanku, Senyumlah selalu tapi bersederhanalah dalam ketawa !!! Rasulullah s. a. w adalah yang paling banyak senyum Beliau ketawa kena pada tempatnya Tapi berpada-pada sahaja, wahai kawan ! Plato juga berharap agar pementasan hiburan... Yang tidak bermutu terlalu banyak ketawa bodoh Hanyalah disaksikan oleh golongan abdi Dan orang upahan asing! Begitu juga Aristotle berpendapat Supaya golongan belia ditegah daripada menyaksikan hiburan-hiburan yang membolehkan perbuatan ketawa berlebih-lebihan. supaya tidak menular. Keburukan dalam diri!!!

6)Wahai kawanku, Seriuslah selalu dan berguraulah berpatutan Tanpa serius, hilanglah kesungguhan !!! Tanpa bergurau, tawarlah kehidupan Kata seorang penyair : Berikan kerehatan pada jiwamu Yang sibuk dengan berfikir Ubati dengan bergurau Tapi, Kalau mengubatinya dengan bergurau Mestilah dalam batas Seperti kau masukkan garam ke dalam gulai.

7)Wahai kawanku, Kawallah nada suaramu Setakat yang diperlukan oleh pendengar di depanmu Janganlah jadi seperti orang bodoh. Bahkan menyakit hati orang lain pula!!! Luqman El-Hakim juga mencela orang yang tidak pandai menjaga nada suara pada tempatnya. Itulah katanya suara keldai!!! Surah al-Isra' memberi tip kepada kita... Jangan keraskan suramu dalam solat Tapi jangan pula merendahkannya Carilah jalan tengah di antara keduanya.

8)Wahai kawanku, Usahlah umpat mengumpat Usahlah merendah-rendahkan pertubuhan lain Bercakaplah jika ada unsur kebajikan Ayuh!!! Hindarilah... mengumpat! Tidak sekali mencabuli jemaah-jemaah lain!!! Perkatakanlah kebaikan demi kebajikan bersama. Sukakah anda memakan daging pasti anda suka!! Tapi sukakah anda memakan daging kawan anda yang telah mati?? Sekali-kali tidak!!! Begitulah dosa orang yang mengumpat. Bertaubatlah jika anda mengumpat Tapi mesti minta ampun terhadap orang umpatanmu bersama!!! Boleh mengumpat... apabila ada tujuan syarie.
* untuk menuntut keadilan apabila dizalimi
* untuk menghapuskan kemungkaran
* kerana memberi amaran kepada Muslim tentang kejahatan
* kerana mengisytiharkan kefasikan dan kejahatan.

9)Wahai kawanku, Luaskanlah interaksimu dengan umat manusia Sekalipun mereka tidak diminta berbuat demikian!!! Salam kasih sayang adalah untuk semua Salam kemesraan adalah untuk sejagat. Hulurkanlah, hulurkanlah salam perkenalan...! Lihatlah pensyariatan ibadah haji. Pelbagai bangsa datang berkunjung!!! Pelbagai lapisan datang berkunjung!!! Pelbagai darjat datang berkunjung!!! Sama-sama menjunjung obor suci Tidak mengenali tapi tak sepi.

10)Wahai kawanku, Maksimumkanlah faedah waktu anda dan Tolonglah orang lain supaya manfaatkan masa. Hadkanlah masa penunaiannya. Biasakan hidup berjadual di hadapan. Bijaksanakanlah menggunakan waktu anda! Bersegeralah, kerana... Sabda Nabi s. a. w bermaksud : "Bertindak segeralah melakukan amal..." (Diulang 7 kali..) Sayanglah masa saudaramu!!! Hormatilah waktu mereka!!! Usahlah berbicara meleret-leret... Tanpa haluan dan noktahnya..

Khamis, 21 Mac 2013

CERITA LAWAK

ASSALAMUALAIKUM KEPADA SAHABAT YG DISAYANGI....HARI INI SAYA NAK KONGSIKAN CERITA LAWAK DALAM BAHASA ARAB....ERM..JANGAN RISAU, ADE TERJEMAHAN SEKALI :)

  دُنْيَا المَجَانِين
 (DUNIA ORANG SAKIT MENTAL)
جلس مجنونان يتحدثان
(Dua orang sakit mental duduk sambil berbual)

أ : أمس رأيتُ في المنام أني مسافر إلى القرية مشيا على الأقدام
(Semalam aku tengok dalam mimpi yang aku balik kampung dengan berjalan kaki)

ب : وأنا رأيتُ في المنام أني أمام مائدة فيها لحوم واسماك وحلويات وفواكه
(Dan aku tengok dalam mimpi aku bahawa aku berada di hadapan satu hidangan yang dipenuhi daging, ikan, kuih-muih dan buah-buahan) 

أ : ولماذا لم تتصل بي لِآكل معك ؟
(Kenapa kau tidak hubungi aku untuk makan sekali ?)   

ب : اِتصلت بك هاتفيا, قالوا لي إنك مسافر إلى قريتك
(Aku sudah hubungi kau melalui telefon, mereka kata kau balik kampung!)

Ahad, 17 Mac 2013

Warna


(Erm...ari nie nak pakai baju warna apa yerk Ahmar ke Asfar)...kawan-kawan ini dia  salah satu cara untuk kita mengigati perkataan arab.....dan dibawah saya sediakan perkataan arab untuk warna,


أسود(Awad= Hitam)

أبْيَض (Abyadh = Putih)

أسمر (Asmar = Coklat)

أحْمَر (Ahmar = Merah)

أصْفَر (Ashfar = Kuning)

أحضَر (Ahdhor = Hijau)



Wau warna warni kita hari nie

Sabtu, 16 Mac 2013



gadis: akak comel la baby tu tapi apa ayat sebelah tu tak paham la?????
kakak : ayat sebelah tu kata walaupun telah kehilangan segala-galanya,jangan sekali-kali hilang keyakinanmu kepada Allah...sekarang dah faham.
gadis: ok,akak baru faham

Fazila omar

Khamis, 14 Mac 2013

Albi Nadak

video
Mari kawan kita sama-sama nyayi lagu dalam bahasa Arab tapikan macam tak best ja kalau nyayi tak tahu maksud.....jadi ana masukkan sekali lagu ini dengan makna dalam bahasa Melayu baru ada feel kan???? :)

video

Sabtu, 9 Mac 2013

Bersama-bersama memahami maksud video ini...

video
vedio ini sudah ada terjemahan dalam bahasa melayu ...............
SELAMAT MENHAYATINYA..............
 Nukilan: fazila omar

SEBARKAN CINTAMU KERANA ALLAH..... :)







~ AWAS : HANYA  KEPADA PASANGAN SUAMI ISTERI ATAU SESAMA MAHRAM SAHAJA~
* SUNGGUH, INILAH UNGKAPAN CINTA YANG ALLAH REDAI *


Apa kata kita gunakan ayat- ayat cinta ini kepada yang tersayang     >_<

أحبه Uhibbuhu = Aku (P) mencintainya (L)

أحبها Uhibbuha = Aku (L) mencintainya (P)

أحبكَ Uhibbuka = Aku (P) mencintaimu (L)

أحبكِ Uhibbuki = Aku (L) mencintaimu (P)

تحابًّ Tahaabba = saling mencintai

حبيب Habiib = kekasih (L)

حبيبة Habiibah = kekasih (P)

محبة Mahabbah = Cinta 



Jom sahabat-sahabat sekalian :) kita amalkan doa ini~.....



Nukilan:fazila omar

JOm kita tukar sebutan melayu ke Arab.....



أخ (Akh = Saudara lelaki)
أخت (Ukht = Saudara perempun)
أب (Ab = Bapa)
أم (Umm = Ibu)
جد (Jadd = datuk)
جدة (Jaddah = Nenek)
ابن (Ibn = Anak lelaki)
ابنة (Ibnah = Anak perempuan)


disediakan oleh:fazila omar
JOM BELAJAR PERKATAAN ARAB MUDAH.......



اصبرْ (Ishbir = Bersabarlah)

اشكر الله (Usykurillaaha= Bersyukurlah kepada Allah)

صلِّ (Sholli = Sholatlah)

صمْ (Shum = puasalah)

اقرأْ (Iqro' = Bacalah)

استمعْ (Istami' = Dengarkanlah)

تعلّمْ (Ta'allam = Belajarlah)

Jumaat, 8 Mac 2013

حديقة جميلة : Taman yang cantik

 الفراشة البيضاء : Rama-rama putih

 زوجة أمينة : Isteri yang setia

disediakan oleh: fazila omar

KRITERIA PENTERJEMAH

Assalamualaikum,Sahabat sekalian bagaimana untuk kita menjadi seorang penterjemah yang baik,ada sentegah berpendapat kalau kita dapat menguasai dua bahasa kita dapat menjadi penterjemah yang bagus benarkah begitu? Jadi mari kita sama mengetahui kriteria yang perlu ada pada penterjemah.
  1. Mengetahui dan memahami bahasa sumber: Apa pulak bahasa sumber ni? Bahasa sumber ni adalah bahasa asal yang hendak diterjemahkan kepada bahasa yang kedua. Contohnya, bahasa melayu yang nak diterjemakan kepada bahasa Arab,jadi bahasa melayu itu merupakan bahasa sumber. Dengan itu kita dapt mentafsirkan maksud dengan tepat dan menjadikan kita penterjemah yang bagus
  2. Mengetahui bahasa sasaran:Bahasa sasaran ni adalah bahasa yang nak kita terjemahkan.Contohnya tadi bahasa melayu yang nak diterjemahkan kepada bahasa Arab maka bahasa Arab merupakan bahasa sasaran.
  3. Pengetahuan dalam bidang yang diterjemah:Selain bahasa suber dan bahasa sasaran penterjemah perlu mengetahui secukupnya bidang yang nak diterjemah misalnya bidang perubatan dan perundangan mempunyai terma-termanya yang khusus.
  4. Mengetahui teori terjemahan; Dimana penterjemah bukan memindahkan perkataan tetapi memindahkan segala maklumat dan idea.Oleh itu penterjemah perlu mengetahui teori penterjemahan dan kaedah secukupnya agar maksud yang hendak diterjemah tidak lari maksudnya.
  5. Mengetahui sasaran pembaca; Penterjemahan perlu sesuai dengan sasaran pembaca  dan laras bahasa contohnya sasaran itu tertumpu kepada kanak-kanak maka laras bahasa yang di gunakan sesuai dengan kanak-kanak. 
nkilan:fazila omar

Isnin, 4 Mac 2013

HIMPUNAN MUTIARA HIKAM

 MUTIARA PERTAMA

مِنْ عَلَامَاتِ مَوْتُ الْقَلْبِ عَدَمُ الْحَزْنِ عَلَى مَا فَاتِكَ مِنَ الْمُوَافِقَاتِ  وَتَرَكَ النَّدَمِ عَلَى مَا فَعَلْتُهُ مِنْ وُجُوْدِ الزَّلَّاتِ

" Sebahagian  daripada tanda matinya hati, iaitu jika tidak berasa sedih (susah) kerana tertinggalnya suatu amal perbuatan atau kebaikan (kewajipan), juga tidak menyesal jika berlaku suatu pelanggaran atau dosa. "





MUTIARA KEDUA

مَنْ وَجَدَ ثَمَرَةُ عَمَلِهِ عَاجِلًا , فَهُوَ دَلِيْلٌ عَلَى وُجُوْدِ الْقَبُوْلِ آجِلاً

" Siapa yang merasakan buah (hasil) amalnya segera (di dunia), itu merupakan petanda bahawa amalnya diterima di akhirat. "

MARI BERKONGSI ILMU

 
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG



SUNGGUH KEINDAHAN AL-QURAN ADALAH PADA BAHASANYA

Pelajarilah walau satu perkataan sehari.......

اللغة العربية لغة القرآن

 DOA BELAJAR & PENERANG HATI

doa minta anak pandai
Maka Kami beri Nabi Sulaiman memahami hukum yang lebih tepat bagi masalah itu; dan masing-masing (dari mereka berdua) Kami berikan hikmat kebijaksanaan dan ilmu (yang banyak); dan Kami mudahkan gunung-ganang dan unggas memuji Kami bersama-sama dengan Nabi Daud; dan adalah Kami berkuasa melakukan semuanya itu.
 [Al anbiya 21 : 79]

 

DEFINISI TERJEMAHAN 

 Kamus Dewan (1993); hlm 1351

Terjemah; menterjemah ~ Memindahkan (karangan dll) daripada satu bahasa kepada bahasa yang lain, mengalihbahasakan.

Terjemahan ~ a) Hasil daripada menterjemahkan, yang (telah) diterjemahkan

                      ~ b) Cara (gaya, kaedah dsd) menterjemah

Penterjemahan ~ Perihal (kerja, usaha dsd) menterjemahkan 

 

Roger T. Bell (1993:5)

Translating the definition of translation according to Dubois, states that Translation is the expression in another language (or target language) of what has been expressed in another, source language, preserving semantic and stylistic equivalences.

 

Teori dan Teknik Terjemah

Terjemahan merupakan salah satu aktiviti yang dibuat olah manusia berkomunikasi antara satu bahasa dengan bahasa yang lain dan antara satu budaya dengan budaya yang lain.  

 

* Kesimpulannya, terjemahan bermaksud sebarang alihan bahasa,salinan,pindahan daripada suatu bahasa kepada bahasa yang lain.