يا صاحبي ...كيف حالكم جميعا...؟؟؟؟ أرجو أنكم في حال ألخير
Insyaallah kami akan kongsikan dengan sahabat-sahabat semua serba sedikit tentang kaedah terjemahan...
sekurang-kurangya terdapat tiga kaedah terjemahan iaitu menterjemah secara kata demi kata, harfiah dan menterjemah secara bebas.
Penterjemahan dibuat dengan mengikut susunan perkataan bahasa sumber tanpa menghiraukan
perbezaan struktur bahasa, khususnya struktur ayat, bahasa sumber dengan bahasa sasaran. Kaedah penterjemahan ini tidak baik kerana ia cenderung untuk melanggar tatabahasa bahasa sasaran dan mungkin lari daripada makna sebenar, biasanya ia digunakan untuk menterjemahkan kitab-kitab suci, doa, mentera, jampi, puisi-puisi tertentu dan teks-teks lain yang terkandung dalamnya kekuatan adikodrati, yang sekiranya diterjemahkan secara bebas, hikmahnya akan hilang, Mudah dilakukan,Terjemahan dapat disiapkan dengan cepat.
terjemahan secara harfiah ini pula ianya Lebih menekankan bentuk
teks sumber, bukannya isi,tidak dapat difahami
dengan mudah,Tunduk kepada tatabahasa
bahasa sumber,Catatan kaki perlu dibuat
untuk menjelaskan yang kabur dan Penterjemah belum boleh
dipanggil penterjemah, sebaliknya dia adalah seorang transformer.
contoh:
TERJEMAHAN
HARFIAH
Penterjemahan dibuat berdasarkan maksud sesuatu perkataan semata-mata tanpa menghiraukan makna perkataan itu dalam konteks budaya, pegangan agama, sudut pandangan dan fahaman politik penutur bahasa sumber. Kaedah penterjemahan ini juga tidak baik kerana ia mungkin menghasilkan terjemahan yang maknanya berbeza daripada makna sebenar. Ia juga mungkin menyinggung perasaan pembaca/khalayak bahasa sasaran. Bentuk/struktur bahasa terjemahan amat mirip dengan
bentuk/struktur bahasa sasaran, Gaya terjemahan mirip dengan gaya penulisan bahasa sumber, Masih memberi penekanan pada bentuk/struktur bahasa sumber, Hasil terjemahan kadang kala kaku dan terlalu dipaksakan,Tidak sedap
dibaca.
contoh:
Terjemahan Bebas
Penterjemahan dilakukan tanpa terikat dengan budaya, pegangan agama, sudut pandangan dan fahaman politik pengarang asal. Ia juga tidak terikat dengan struktur frasa dan ayat bahasa sumber.
contoh terjemahan bebas:
:nota kuliah ke empat terjemahan Arab-Melayu
Nukilan:ramadanti
Tiada ulasan:
Catat Ulasan