- Mengetahui dan memahami bahasa sumber: Apa pulak bahasa sumber ni? Bahasa sumber ni adalah bahasa asal yang hendak diterjemahkan kepada bahasa yang kedua. Contohnya, bahasa melayu yang nak diterjemakan kepada bahasa Arab,jadi bahasa melayu itu merupakan bahasa sumber. Dengan itu kita dapt mentafsirkan maksud dengan tepat dan menjadikan kita penterjemah yang bagus
- Mengetahui bahasa sasaran:Bahasa sasaran ni adalah bahasa yang nak kita terjemahkan.Contohnya tadi bahasa melayu yang nak diterjemahkan kepada bahasa Arab maka bahasa Arab merupakan bahasa sasaran.
- Pengetahuan dalam bidang yang diterjemah:Selain bahasa suber dan bahasa sasaran penterjemah perlu mengetahui secukupnya bidang yang nak diterjemah misalnya bidang perubatan dan perundangan mempunyai terma-termanya yang khusus.
- Mengetahui teori terjemahan; Dimana penterjemah bukan memindahkan perkataan tetapi memindahkan segala maklumat dan idea.Oleh itu penterjemah perlu mengetahui teori penterjemahan dan kaedah secukupnya agar maksud yang hendak diterjemah tidak lari maksudnya.
- Mengetahui sasaran pembaca; Penterjemahan perlu sesuai dengan sasaran pembaca dan laras bahasa contohnya sasaran itu tertumpu kepada kanak-kanak maka laras bahasa yang di gunakan sesuai dengan kanak-kanak.
nkilan:fazila omar
Tiada ulasan:
Catat Ulasan