mungkin diantara kita ada yang beranggapan bahwa hanya dengan menggetahui dua bahasa sesorang sudah boleh menterjamah, sebenarnya itu adalah pandangan yang kurang tepat. untuk menjadi seorang penterjamah ianya memerlukan kriteria-kriteria tertentu.
jom... sama-sama kita pelajari syarat-syarat menjadi seorang penterjemah...
wahid....
isnani...
tsalasah...start...
ada 5 Syarat Utama jika kita ingin menjadi seorang pentejemah yaitu:
MENGGETAHUI BAHASA SUMBER SECARA MENDALAM.
Bahasa Sumber ialah bahasa asal yang hendak diterjemahkan ke bahasa sasaran.
misalnya kita ingin menterjemah buku dari melayu ke arab, maka melayu adalah bahasa sumber dan arab adalah bahasa sasaran, kedua-dua nya sangat penting bagi seorang penterjemah untuk diketahui secara mendalam.
mungkin, diantara kita ada yang tertanya-tanya menggapa seorang penterjemah perlu menggetahui bahasa sumber secara mendakam...???? jawapan nya ialah supaya membolehkan seseorang penterjemah mengetahui selok-belok keistimewaan dan keganjilan bahasa sumber supaya dapat membezakan makna yang terkandung dalam teks asal dan dengan itu, mentakrifkan dan menafsirkan maksudnya dengan tepat.
MENGGETAHUI BAHASA SASARAN/PENERIMA SECARA MENDALAM.Menurut para pakar terjemahan, seseorang penterjemah harus menguasai bahasa penerima lebih baik dari bahasa sumber atau sekurang-kurangnya ia menggetahui bahasa sasaran sama baik nya dengan ia menggetahui bahasa sumber.
MENGGETAHUI BIDANG/SUBJEK YANG AKAN DITERJEMAHKAN
penggetahuan seorang penterjemah secara mendalam bidang yang akan diterjemahkannya ialah untuk menjamin supaya makna atau maklumat yang terkandung dalam teks asal dapat dipindahkan dengan tepat dan sempurna daripada bahasa sumber ke dalam bahasa penerima, kerana ianya penting untuk penterjemahan teks-teks khusus, teknik, dan penterjemahan karya-karya sastera.
MENGGETAHUI TEORI TERJEMAHAN
dalam menterjemah ianya Ada teori &
kaedah ilmiahnya sendiri. kita Bukan hanya memindahkan
perkataan sahaja, tetapi memindahkan
idea, maklumat dan gaya. seorang penterjemah memerlukan bantuan ilmu
pengetahuan yang mencukupi dalam bidang teori dan kaedah terjemahan semasa menjalankan penerjemahan.
MENGGETAHUI SASARAN PEMBACA
ini juga perlu bagi seorang penterjemah untuk diketahui Terjemahan perlu
sesuai dengan pembaca sasaran dan Laras bahasa perlu
dijaga.
Contohnya: Kalau
sasarannya ialah kanak-kanak, maka laras bahasa yang digunakan mestilah sesuai
dengan kanak-kanak tersebut.
diantara syarat utama yang diatas ada juga Syarat Tambahan untuk seorang penterjemah yaitu
- Mempunyai fikiran yang terbuka
- Ingatan yang baik
- Minat yang mendalam
- Boleh bekerja sendiri
- Tidak malu bertanya
- Jujur dan amanah
nak x tau lagi satu apa yang penting bagi seorang penterjemah..???? kriteria yang juga penting bagi seorang penterjemah ialah PENGALAMAN, pengalaman adalah Aset yang bernilai, Tidak datang bergolek, Diperoleh daripada ilmu dan latihan
penterjemahan yang berpanjangan. penterjemah juga Boleh manfaatkan pengalaman orang lain, perlu
mencari pengalaman sendiri.
note: Experience is the best Teacher
Tugas
menterjemah bukanlah tugas yang mudah. Penterjemah perlu melengkapkan diri dengan pelbagai syarat dan kebolehan
sebelum berupaya menterjemah sesebuah teks dengan baik.Semua
syarat ini tidak mungkin dapat dipenuhi dengan mudah, semua ini boleh dicapai jika penterjemah rajin berusaha,
rajin belajar & berlatih.
note : ingat kembali CITRA PENTERJEMAH
"Jika Anda tidak pandai Mengarang maka jadilah seorang Penyunting jika anda tidak pandai mengarang dan menyunting jadilah seorang Penterjemah"
"Semoga Bermanfaat".Sumber: nota kuliah yg ke 2 terjemahan arab melayu
By :Ramadanti idrus
Tiada ulasan:
Catat Ulasan