Jumaat, 3 Mei 2013

Syair

 

1. KEAIBAN PADA DIRI KITA
Syair Imam Shafei



Kita kerap meyalahkan zaman ini, sedang keaiban sebenar adalah pada diri kita, tiada sebarang aib pada zaman kita, kecuali diri kita sendiri.

Kita kerap mencerca zaman ini tanpa jenayah dilakukannya.. kalau zaman tahu mengatur kata, tentulah ia mencaci kita kembali

Dunia kita adalah lakonan dan menunjuk-nunjuk..sebenarkan kita memperdaya Yang Maha melihat kita 

Si serigala tiadalah pernah memakan daging rakannya .. sedangkan kita kerapkali makan daging semasa sendiri 
 






TIADA INSAN MENGUSAI SEMUA ILMU

Tiada seorangpun yang mengetahui semua ilmu .. Tiada ! sekalipun dia pelajarinya 2 ribu tahun
Ilmu itu ibarat lautan saujana luas terbentang... Ambillah daripada setiap perkara itu apa yang terbaik









JOM KITA TERJEMAHKAN AYAT NI SAHABAT :)

 ~ Jika kamu tidak menjadi PENULIS yang dapat memberi faedah kepada orang lain, maka jadilah PEMBACA yang dapat memberi faedah kepada dirinya.


1 ulasan: