Ahad, 30 Jun 2013



ASPEK MAKNA IMBUHAN

:: Tujuan sahabat semua mengetahui makna dan fungsi wazan-wazan yg pelbagai dalam BA adalah supaya sahabat dapat memahami dan menterjemah perkataan atau ayat Bahasa Arab dengan tepat...

BENTUK II ( فَعَّلَ)


Memberi pengertian intensif / ekstensif ( كَسَرَ) memecahkan, menjadi ( كَسَّرّ ) menghancurleburkan (berkali-kali).


Memberi pengertian kausatif /penyebab atau menjadikan sesuatu kenyataan, Cth:  ( عَلِمَ ) (mengetahui) ,menjadi ( عَلَّمَ) mengajar atau menyebabkan seseorang mengetahui.


Menukarkan kata kerja tak transitif menjadi transitif . Contohnya: ( فَرِحَ ) (bergembira), menjadi  (فَرَّحَ) menggembirakan.
Memberi makna pernyataan atau anggapan. Misalnya: (كَذبَ  ) (berdusta ) menjadi (كذَّب ) menganggap atau menjadikan seseorang itu pendusta.

Selalu juga berbentuk namaan/denominatif. Misalnya: ( خيمة)(khemah)  menjadi (خيَّمَ ) (memasang khemah).

BENTUK III ( فَاعَلَ )



Percubaan melakukan sesuatu kepada seseorang & menunjukkan hal timbal balik di antara kedua-dua belah pihak. Contohnya: ( قَتَلَه )Dia membunuhnya, menjadi  ( قَاتَلَه ) Dia mencuba membunuhnya ? Dia berkelahi dengannya.
Menunjukkan makna hal timbal balik dan menukar objek/maf`ul bih dari tak langsung menjadi langsung. Misalnya:  ( كتبَ إلى الملكِ ) Dia menukis surat kepada raja itu, menjadi (  كَاتب الملكَ ) Dia menyurati raja itu ? Dia mengirimi raja itu (sepucuk / beberapa pucuk surat).

MENUNJUKKAN BAHAWA SI PELAKU MENGGUNAKAN SESUATU KEADAAN ATAU SIFAT KP ORG LAIN & MENDTGKAN KESAN KPNYA, ATAU MEMBAWAKAN ORAG KEDUA KE DALAM SUASANA BERKENAAN. EX: ( خَشُنَ) (DIA [MENJADI/ADALAH] KASAR) MENJADI (خَاشَنَه ) DIA MELAYANNYA DGN KASAR.
Adakalanya dominatif. Ex: ( ضِعْفٌ) ganda, menjadi ( ضَاعفَ) menggandakan; ( قبلَ) sebelum, di depan, menjadi ( قَابَلَ) mengadap atau berhadapan, atau membandingkan sesuatu dgn yg lain, atau menemuramah.

BENTUK IV ( أفعل)


Memberi maksud kausatif / faktitif. Ex: (  جلس) Dia duduk, menjadi (أجلس ) menyebabkan/menjadikan seseorg duduk; ( أكل الخبزَ ) dia makan roti, menjadi (آكله الخبزَ ) dia memberikan roti itu agar dimakan). 

Deklaratif atau estimatif, spt bentuk II. Ex: ( أبخله ) dia menganggap/mendapatinya kedekut; ( أحمده ) dia mandapatinya (org/benda) patut dipuji; (أجبنه ) dia menganggap atau mendapatinya pengecut.
 
Bermaksud Denominatif. Ex:  (ثمرٌ ) buah, menjadi ( أثمرَ) berbuah; ( مطرٌ) hujan, menjadi ( أمطر) memberi/menghasilkan hujan; ( ذنبٌ) dosa, menjadi ( أذنبَ ) melakukan dosa. 

Beberapa denominatif menunjukkan makna tertentu. Bergerak ke suatu tempat. Ex: ( قدحٌ) Kedah menajdi ( أقدح) pergi ke Kedah. 

Memasuki sesuatu periode dlm satu-satu jangka masa. Ex: (صباح ) waktu pagi, menjadi (أصبح ) melakukan sesuatu/berada pada waktu subuh. 

Menjadikan benda dlm sesuatu keadaan atau sifat/mendpt sesuatu/menjadi sesuatu. Ex: (قَفْرٌ) padang/tempat luas tak terpelihara,  menjadi (أقفر ) menjadi padang. 

BENTUK V ( تَفَعَّلَ )

Menjadi Refleksif Kepada Bentuk II. Menerangkan keadaan sesuatu objek sebagai hasil/kesan daripada tindakan dlm kk bentuk II. Ex: ( كَسَّرَ) memecahkan [berkepng-keping], menjadi  (تَكَسَّرَ ) menjaci pecah [berkeping-keping].






 

BENTUK VI (تَفَاعَلَ ) 

 

 







BENTUK VII (انفَعَلَ )


 
 



BENTUK VIII (افتعل


Refleksif dr bentuk I. Ex: ( غسل) membasuh, menjadi ( اغتسل) membasuh seseorang/mandi.
Menunjukkan suatu fungsi yang sejalan/selari/sejajar dgn fungsi kk bentu VI, mendatangkan makna timbal balik pula. Ex: ( تشاغل) menggunakan seseorang/menjadi sibuk, menjadi ( اشتغل) menjadi sibuk/kesibukan.
 
Boleh jadi transitif dan tak transitif. Ex: (فَرَقَ ) bentuk I, transitif (memisahkan ]sesuatu]) menjadi (افترق ) tak transitif (terpisah/berpisah-pisahan).
 
 Bentuk I dan bentuk VIII mempunyai erti yang sama. Ex: ( خَطِفَ) membawa lari, merebut, merampas, menjadi ( اختطف) (makna yang sama). 
 
Boleh juga menunjukkan ragam pasif. Ex: (ربط ) mengikat, menjadi ( ارتبط) menjadi terikat/diikat.   
 
 

BENTUK IX ( افعلَّ)

Menunjukkan warna atau kecacatan jasmani. Ex: (أصفرُ) kuning, menjadi (اصفَرَّ) menjadi/berwarna kuning; (أعْوَجُ)bengkok, menjadi (اعوَجَّ ) menjadi bengkok atau berliku-liku. 
 
Tidak mempunyai ragam pasif. 
 
Kata nama terbitan bentuk ini ialah ( افعلال). Ex: ازرقاقkebiruan. 
 
Boleh digunakan utk membentu perbandingan satu-satu warna atau kecacatan. Ex: (أشدُّ خضْرَةً ) atau ( أشدُّ اخضرارا) lebih hijau.   

BENTUK X ( استفعلَ)

Mengubah makna faktitif dlm bentuk I, lalu menjadi refleksif yg disertai harapan. Ex: ( أخبَرَ) memberi khabar, menjadi استخبرَ) ) mohon/menjadi diketahui. 
 
Memberi erti permohonan atau permintaan dlm kk itu. Ex; ( حضَرَ) bentuk I – hadir, datang, menjadi ( استحضرَ) meminta seseorang datang. 
 
Menunjukkan makna kausatif. Ex: ( خرج) bentuk I – keluar, menjadi ( استخرجَ) meminta/menyuruh keluar atau mengeluarkan; mengusir.   
 
Menjadi denominatif dan dlm hal ini menggabungkan makna refleksif dan faktitif. Ex: (خليفة ) khalifah, menjadi ( استخلفَ) melantik seseorang sebagai pengganti/khalifah. 
 
Kaya dalam pengluasan makna yg pelbagai daripada akar kata yg tidak dpt dikelompokkan. Ex; ( عَمِلَ) bentuk I – berbuat; melakukan sesuatu, menjadi ( استعملَ) menggunakan.
 

SEKIAN, TERIMA KASIH...
~Semoga bermanfaat~

nukilan : Asyikin










Jumaat, 21 Jun 2013

salam jum'at kawan-kawan ^_^


Assalammu'alakum.. kawan-kawan.. salam  Jum'at..
yaumul  Jum'ah barakah InshaAllah.. :)
jangan lupa baca baca surat Al-kahfi ye..!!!!





Selasa, 11 Jun 2013

Masalah makna dalam terjemahan

  • Semantik merupakan satu bidang semantik yang mempelajari tentang makna.
  • Semantik atau kajian makna adalah satu bidang yang luas mencakupi kebanyakan daripada struktur dan fungsi bahasa dan juga masalah dalam kajian psikologi, falsafah dan antropologi.
  • Odgen dan Richard dalam buku The Meaning of Meaning (1956) memberikan 16 pengertian dan erti bagi makna; antaranya ialah suatu yang intrinsik, pokok, kemahuan dan suatu peristiwa yang diharapkan.
  • Bloomfield mentakrifkan makna sebagai suatu bentuk linguistik sebagai keadaan apabila penutur tersebut mengujarkannya dengan gerak balas yang dijangkakan daripada pendengar.
  • Abdullah Yusof, Alias Mohd Yatim dan Mohd Ra'in Shaari menyatakan semantik merupakan kajian makna istilah. Berasal daripada perkataan Greek "semantikos" yang membawa maksud "erti yang penting".
  • Kajian makna dalam bahasa Melayu menurut penggolongan semantik - adalah cabang linguistik - yang berperanan semata-mata untuk meneliti - makna kata - bagaimana asal mulanya - bagaimana perkembangannyadan apakah sebab-sebab terjadi perubahan makna dalam sejarah bahasa.
  • Rumusan : Kata semantik bidang linguistik yang mempelajari hubungan antara tanda-tanda linguistik dengan hal-hal yang ditandainya. Mempelajari makna atau erti dalam bahasa


Sebelum kita mengetahui  makna2 dalam terjemahan elok lah kita mengetahui makna perkataan 

Makna perkataan

Makna perkataan dipengaruhi oleh posisinya dalam ayat, bidang ilmu dan situasi pemakaian dan budaya penutur misalnya:

1) He sat on the chair
2) He will chair the meeting
Jadi bila diterjemahkan perkataan ini
1) Dia duduk diatas kerusi
2) Dia akan mempengerusikan mesyuarat itu

Jadi kita dapat lihat makna chair itu berubah mengikut posisi atau kedudukan konteks ayat.


Jenis-jenis makna

Untuk mengetahui sesuatu makna maka jenis2 makna perlu kita ketahui.
1) Makna rujukan

Setiap perkataan mempunyai banyak makna dan setiap perkataan tersebut adalah kabur  misalnya :- Rumah
Ia boleh jadi rumah banglo,rumah pangsa. rumah kampung dan sebagainya. Makna ini akan jadi jelas apabila ada konteks seperti contoh diatas.

2)Makna Leksikal

Makna leksikal adalah unsur-unsur bahasa sebagai lambang peristiwa dan sebagainya. Nak mudah jangan pening kepala makna leksikal adalah makna asal perkataan. Contohnya: Bad membawa makna jahat, buruk, susah, tidak sedap, busuk. Kita tidak dapat memastikan mana satu makna yang sesuai untuk dipadankan dengan bad selagi perkataan ini tidak dimasukkan dalam ayat.

3)Makna Gramatikal

Gramatikal adalah makna unsur linguistik yang dilihat dari fungsi tatabahasa.

4) Makna konteks

Makna konteks adalah menunjukkan hubungan antara ujaran dengan keadaan iaitu sesuatu perkataan yang dikaitkan dengan situasi penggunaan bahasa. 
Cotoh: Selamat pagi! ( boleh dimaksudkan keluar! apabila ia diucapkan oleh ketua kepada orang bawahan yang selalu datang lambat)

5) Makna sosio- Kultural

Makna ini mempunyai kaitan erat dengan sosiobudaya pemakai bahasa
Contoh: Marhusip  dalam bahasa batak Toba mempunyai hubungan rapat dengan satu adat perkhawinan. Tetpi kalau diterjemahkan dalam bahasa Indonesia ia membawa maksud berbisik Jadi perkataan ini tidak perlu diterjemahkan hanya buat nota kaki.

6) Makna konotatif

Sebelum tu jom kta tahu maksud konotasi dan denotatif.





















Makna konotatif yang lebih luas maksudnya daripada makna denotatif atau makna rujukan dan melibatkan perasaan. Contoh babi-> Membawa konotasi berbeza pada bukan Islam dengan Melayu Islam.

7) Makna Emosi

Makna emosi mesti diterjemahkan dengan betul. Contoh-> Madu, lembu kekasih curang mendatangkan emosi yang pelbagai.

8) Makna Figuratif

Figuratif adalah simpulan bahasa, kiasan, peribahasa metofora -> ungkapan bersifat figuratif
 Contoh: Ayam
kaki dikiaskan kepada kaki ayam 
Manusia dikiaskan kepada ibu ayam.
Perluasan makna figuratif ini terjadi kerana diterbitkan oleh masyarakat berdasarkan sifat2 yang dianggap paling menonjol pada sesuatu benda.
Contoh: Bodoh -> lembu

Nukilan Fazila omar

Isnin, 10 Jun 2013



Assalamualaikum sahabat semua.. kali ini saya ingin kongsikan serba sedikit nota ringkas mengenai KETAKSAAN DALAM PENTERJEMAHAN.. harap-harap dapatla membantu kalian memahaminya.. amin insyaAllah.. 

Kita mula dulu dengan bismillahirrahmanirrahim...

Definisi Ketaksaan
Perihal keadaan kekaburan, ketidakpastian, keraguan, kesamaran dalam penentuan makna perkataan kerana terdapat lebih daripada satu tafsiran.

Seterusnya saya akan menerangkan beberapa jenis ketaksaan..

Jenis Ketaksaan
1. Ketaksaan struktural atau gramatis
2. Ketaksaan Leksikal
3. Ketaksaan Figuratif
4. Ketaksaan yang disengajakan (deliberate)

1.Ketaksaan Struktural @ Gramatis: Sering ditemui dan sering disalah terjemah tanpa disedari oleh penterjemah. Contoh struktur dapat dilihat dalam binaan ayat/frasa berikut:
i. Dia sukakan lelaki dan wanita langsing.
ii.Isteri pakcik-pakcik
iii.Isteri-isteri pakcik

Jika dianalisis, ayat atau frasa tersebut boleh membawa dua erti:

  • a(i) Dia sukakan [lelaki] dan [wanita langsing]
  • b(i)Dia sukakan [lelaki dan wanita langsing]
  • a(ii) Isteri [pakcik-pakcik]
  • b(ii) [Isteri-isteri pakcik]
  • a(iii) Isteri-isteri [pakcik]
  • b(iii) [Isteri pakcik-pakcik]
Ketaksaan struktural juga melibatkan perubahan semantik terjadi apabila intonasi bertukar. Malah dalam hal ini, intonasilah yang menentukan fokus ayat. Contohnya:

  • I'm very happy that we haven't got children like John and Mary.
Ketaksaan struktural juga boleh timbul daripada elipsis, menyebabkan salah tanggapan makna dan kerana itu,salah terjemah. Misalnya:

  • Dia lebih sukakan anjingnya daripada isterinya.
Analisisnya:
1(a): Dia sayangkan anjingnya.
1(b): Dia sukakan isterinya
Tetapi, dia sayangkan anjingnya lebih [daripada dia sayangkan isterinya]-elipsis

2.Ketaksaan Leksikal
Ketaksaan yang terdapat pada peringkat leksikal (perkataan) dan bukan pada peringkat tatabahasa. Ketaksaan ini wujud kerana wujudnya:
  • Polisemi-hubungan kata@frasa. Mempunyai 2 makna atau lebih.
  • Etimologi-membawa maksud yang sama seperti ketua kampung/ kepala kampung.
  • Homonim-ejaan perkataan sama maksud lain. contoh:lembab=basah/ lembab=lambat
  • Konotasi-kumpulan perkataan berdasarkan kepada perasaan. contohnya: kancil=cerdik/ tikus=penakut
  • Implikasi-reaksi akan sesuatu perkara. Contohnya: nampak bas,kemudian lari.
  • Alegori-contoh: kisah kura2 & kancil menggambarkan kisah kehidupan manusia yang sombong.
  • Metafora-contohnya:Dimatanya ada api. Istia'rah.
  • Metonimi-contohnya:saya nak masak 'nasi'. sepatutnya beras./ Dari titik peluh petani, kita dapat makan nasi.
  • Homofon-Bunyi sebutan sama, ejaan lain. contohnya: 
  • Homograf-dua kata @ lebih/ ejaan sama, makna berlainan. Contohnya: talang ikan, talang pokok.
  • Paradox-berlawanan dengan apa yang ada dalam sesuatu masyarakat tersebut. Contohnya: gaji dia besar tetapi hidupnya melarat/ Rupa paras cantik, tetapi perangainya buruk.
  • Hiperbola-sejenis bahasa kiasan untuk menyatakan sesuatu secara berlebih-lebihan daripada maksud yang sebenarnya. Jenis gaya bahasa ini sering digunakan untuk meluahkan perasaan mahupun tanggapan secara melampau. contohnya:Hatiku bagaikan dikunyah-kunyah sehingga lumat.Huraian : Menerangkan bahawa hatinya sakit dengan melampau.


apa pendapat anda? sudah kurang ketaksaan(kesamaran) mengenai topik kali ini? harapnya tidaklah samar lagi..setakat disini sahaja...kita bertemu lagi pada diskusi yang akan datang..ma'assalamah, wa illa liqa'..

nurkilan:Nurul hidayah bt abdul aziz

Rabu, 5 Jun 2013

Kaedah Terjemahan



يا صاحبي ...كيف حالكم جميعا...؟؟؟؟ أرجو أنكم في حال ألخير
Insyaallah kami akan kongsikan dengan sahabat-sahabat semua serba sedikit tentang kaedah terjemahan...
sekurang-kurangya terdapat tiga kaedah terjemahan iaitu menterjemah secara kata demi kata, harfiah dan menterjemah secara bebas.


Terjemahan kata demi kata
         Penterjemahan dibuat dengan mengikut susunan perkataan bahasa sumber tanpa menghiraukan 
perbezaan struktur bahasa, khususnya struktur ayat, bahasa sumber dengan bahasa sasaran. Kaedah penterjemahan ini tidak baik kerana ia cenderung untuk melanggar tatabahasa bahasa sasaran dan mungkin lari daripada makna sebenar, biasanya ia digunakan untuk menterjemahkan kitab-kitab suci, doa, mentera, jampi, puisi-puisi tertentu dan teks-teks lain yang terkandung dalamnya kekuatan adikodrati, yang sekiranya diterjemahkan secara bebas, hikmahnya akan hilang, Mudah dilakukan,Terjemahan dapat disiapkan dengan cepat.

terjemahan secara harfiah ini pula ianya Lebih menekankan bentuk teks sumber, bukannya isi,tidak dapat difahami dengan mudah,Tunduk kepada tatabahasa bahasa sumber,Catatan kaki perlu dibuat untuk menjelaskan yang kabur dan Penterjemah belum boleh dipanggil penterjemah, sebaliknya dia adalah seorang transformer.
contoh: 

TERJEMAHAN HARFIAH
             Penterjemahan dibuat berdasarkan maksud sesuatu perkataan semata-mata tanpa menghiraukan makna perkataan itu dalam konteks budaya, pegangan agama, sudut pandangan dan fahaman politik penutur bahasa sumber. Kaedah penterjemahan ini juga tidak baik kerana ia mungkin menghasilkan terjemahan yang maknanya berbeza daripada makna sebenar. Ia juga mungkin menyinggung perasaan pembaca/khalayak bahasa sasaran. Bentuk/struktur bahasa terjemahan amat mirip dengan bentuk/struktur bahasa sasaran, Gaya terjemahan mirip dengan gaya penulisan bahasa sumber, Masih memberi penekanan pada bentuk/struktur  bahasa sumber, Hasil terjemahan kadang kala kaku dan terlalu dipaksakan,Tidak sedap dibaca.
contoh:

  Terjemahan Bebas
              Penterjemahan dilakukan tanpa terikat dengan budaya, pegangan agama, sudut pandangan dan fahaman politik pengarang asal. Ia juga tidak terikat dengan struktur frasa dan ayat bahasa sumber.
contoh terjemahan bebas:


                :nota kuliah ke empat terjemahan Arab-Melayu
Nukilan:ramadanti


Jenis Terjemahan

secara umumnya terdapat dua jenis terjemahan yaitu terjemahan secara lisan dan terjemahan secara tulisan.



Ciri-ciri Terjemahan Tulisan ialah ianya dilakukan secara bertulis
Penterjemah masih berkesempatan membaiki kesilapan terjemah yang dilakukan.
Kefasihan berbicara tidak menjadi syarat yang mutlak.
Penguasaan bahasa sumber & bahasa sasaran yang pasif pun tidak menjadi hambatan untuk menjadi penterjemah tulisan yang baik.






Ciri-ciri terjemahan lisan
  • —Dilakukan secara lisan. 
  • —Dilakukan secara langsung, cepat & tepat.
  • Tidak boleh berhenti walaupun sekejap untuk membaiki unsur-unsur bahasa atau ujaran yang salah, atau yang tidak tepat benar padanan terjemahannya. 
  • —Penterjemah disyaratkan berkemampuan berbicara yang lancar & fasih dalam  bahasa Sumber & Sasaran.—Perlu 
  • berpengetahuan luas. 
  • Mampu mentafsirkan apa sahaja yang diujarkan. 
  • Perlu menjalani latihan yang panjang & perlu mencari pengalaman yang berterusan.
Jenis-jenis terjemahan menurut beberapa ahli dan ciri-cirinya..


  1. menurut Robert Lado ada 2 jenis terjemahan iaitu faktual dan sastera

 terjemahan faktual
 ciri-ciri terjemahan    faktual
 Terjemahan yang memindahkan  maklumat yang berbentuk fakta.
Contoh: Terjemahan buku, surat khabat, surat-surat rasmi, ubat-ubatan, iklan dsbnya.
Hendaklah ringkas, sederhana, wajar dan tidak mengelirukanTerjemahan yang mengelirukan bukan sahaja menyesatkan pembaca, malah boleh membawa kemudaratan kepada pembaca.

 

terjemahan sastera

ciri-ciri terjemahan sastera


  • Dilakukan untuk kepentingan kesenian & kesusasteraan.
  • —Contoh: Terjemahan prosa, puisi, drama, opera, cerita-cerita bergambar, filem dsbnya.
  • Amat setia dengan isi teks asal, bentuk pengungkapannya, & kesan yg ditimbulkan oleh teks tsb.
  • Mampu merasai nuansa & getar rasa yg terkandung dlm teks asal.
  • Lebih mementingkan keindahan bahasa & ketajaman pemaknaan bahasa sumber. 
  • —Kesilapan terjemah tidaklah akan terlalu mengelirukan pembaca atau memudaratkan mereka.

  2. menurut Roman Jacobson ada tiga jenis terjemahan yaitu Intralingual, Interlingual dan Intersemiotik 

terjemahan intralingual
ciri-ciri terjemahan Intralingual ialah:
Dilakukan di dalam & berkenaan dgn satu bahasa tertentu shj, iaitu penterjemahan variasi-variasi bahasa yg terdapat dalam bahasa itu. Contoh: Dialek ke dialek yg lain. Dialek ke bahasa baku atau sebaliknya.Bahasa kasar ke bahasa halus dsbnya.






Terjemahan Interlingual
terjemahan Interlingual ialahTerjemahan daripada satu bahasa ke bahasa lain yang sama sekali berbeza dari segi sifat, karakter dan strukturnya.
—Contoh:—Terjemahan drp bahasa Melayu ke bahasa Arab.
terjemahan Intersemiotik
terjemahan intersemotik adalah terjemahan Daripada suatu bentuk sistem simbol atau sistem tanda ke dalam suatu bahasa atau ke dalam bentuk lainnya. —Contoh: Pergerakan tangan polis trafik diterjemahkan ke bentuk kata-kata. Terjemahan kod-kod tertentu ke dalam bentuk bahasa. Bahasa lisan atau tulisan dipindahkan ke bentuk kod-kod tertentu. —Bahasa isyarat dipindahkan ke bentuk bahasa lisan atau tulisan.
        
 3. menurut J.C. CATFORD Pembahagian Terjemahan Didasarkan Kepada: 
yang pertama berdasarkan Keluasan Bahan Yang Akan Diterjemahkan. ianya meliputi Terjemahan Penuh & TerjemahanSebahagian.
kedua Unsur Linguistik yang mencakupi Terjemahan Tuntas & Terjemahan Terbatas.
Terjemahan Terbatas:Terjemahan FonologiTerjemahan GrafologiTerjemahan Tatabahasa Terjemahan Kosakata.
—yang ketiga Tataran Linguistik yang terdiri dari —Terjemahan Terikat danTerjemahan Bebas



























Terjemahan Penuh
—Keseluruhan teks sumber diterjemahkan ke dalam bahasa sasaran tanpa ada yang ditinggalkan
Terjenahan Sebahagian
—jenis terjemahan ini ianya bukan semua teks sumber diterjemahkan, Ada bahagian tertentu tidak diterjemahkan, malah digabungkan begitu sahaja dengan teks sasaran. 
diantara penyebabnya ialah—Kosa kata teks sumber tidak dapat diterjemahkan/tidak ada padanan yang tepat dalam bahasa sasaran. 
—Untuk kepentingan tertentu seperti utk memelihara ‘warna aslinya’ atau utk memberikan cita rasa murni bahasa sumber dlm bahasa sasaran. Terbentuk juga teknik pinjam terjemah (loan translation).

Terjemahan Tuntas
Terjemahan tuntas ialah Terjemahan yg memindahkan semua unsur kebahasaan, yakni penggantian unsur tatabahasa dan kosakata bahasa sumber dengan padanan terjemah tatabahasa dan kosakata bahasa sasaran, disertai dengan penggantian unsur-unsusr fonologi dan grafologi bahasa sumber oleh fonologi dan grafologi bahasa sasaran.

Terjemahan Terbatas
Dalam terjemahan terbatas, yang digantikan hanyalah salah satu unsur yang terdapat dalam teks sumber dengan padannya dalam bahasa sasaran. 
—Hanya unsur grafologi, atau fonologi, atau kosakata atau tatabahasa yang dipindahkan. 
—Tidaklah sepenuhnya merupakan kegiatan terjemahan.

Terjemahan terbatas terbagi kepada tuga pula iaitu Terjemahan Finologi,Grafologi dan Tatabahasa

  • TERJEMAHAN FONOLOGI 
—Fonem bahasa sumber digantikan dengan padannya dalam bahasa sasaran tanpa perubahan tatabahasa dan kosakata. 
—Selalu dilakukan oleh pelakon, (filem, drama, teater dsbnya) dalam meniru aksi-aksi tertentu. Penampilan seseorang yang sdang belajar suatu bahasa asing yang selalu sahaja melakukan kesilapan dalam pengucapan dan pengujaran boleh sahaja dijadikan contoh konkrit terjemahan fono.

  • TERJEMAHAN GRAFOLOGI
—Grafik bahasa sumber digantikan dengan grafik bahasa sasaran, ini dilakukan untuk menghasilkan tata huruf atau tipografi tertentu.
—Sering dilakukan oleh pelajar yang baru belajar bahasa asing. Berbeza dengan transliterasi
  • TERJEMAHAN TATABAHASA 
Yang dipindahkan ke bahasa sasaran hanyalah tatabahasa bahasa sumber. 
—Bahagian-bahagian lain tidak dialihkan. 
—Terjemahan Kosakata: 
—Yang dipindahkan hanyalah unsur kosakata bahasa sumber. 
—Unsur-unsur lain tidak dipindahkan. Biasanya berlaku dalam proses belajar bahasa.

Terjemahan Terikat
—ciri-ciri terjemahan terikat ialah ianya jenis terjemahan yang terbatas,Terjemahan dalam tataran kata dan morfem sahaja, —Terjemahan kata demi kata (word for word transalatio) termasuk dalam kategori terjemahanterikat. Terjemahan kata demi kata biasanya digunapakai dalam terjemahan puisi atau dalam terjemahan untuk memperlihatkan perbezaan antara dua bahasa yang terlibat.

Terjemahan Bebas

Terjemahan terbatas ialah terjemahan tuntas yang tidak dibatasi oleh keterikatan pada penterjemahan suatu tataran tertentu. Biasanya, berada pada tataran yang lebih tinggi daripada tataran tata, atau morfem, atau ayat. —Kelebihan terjemahan bebas ini ialah Berusaha sedaya upaya untuk menyampaikan segala mesej yg ada dlm teks asal. —Hasil terjemahan merupakan gagasan pengalaman penulis, ditambah dengan gagasan pengalaman penterjemah, keupayaan, kemampuan & daya kreativiti penterjemah benar-benar teruji. —Karya terjemahan menjadi lebih menarik dan senang dibaca.

4.  menurut PETER NEWMARK jenis terjemahan ada dua iaitu Komunikatif dan Semantik
Terjemahan Komunikatif

Ciri-cinya: 
—Menghasilkan pada pembaca kesan yang sehampir mungkin seperti kesan pembacaan yg dialami oleh pembaca teks asal, lebih memberi perhatian kepada pembaca kedua, Mementingkan budaya bahasa sasaran. Mementingkan fungsi. Masih perlu menghormati bentuk teks sumber dan bekerja berdasarkan
bentuk itu. —Terjemahan lebih lancar, lebih mudah, lebih jelas, lebih langsung, lebih biasa, akur pada laras tertentu bahasa, cenderung untuk kurang menterjemah (lebih cenderung untuk kurang menterjemah - menggunakan istilah yang lebih umum & menyeluruh dalam petikan-petikan yang sukar/sulit). Menulis menggunakan bahasanya sendiri dalam bentuk yang lebih baik daripada teks asal, Boleh membaiki & membetulkan logik,Menggantikan bahasa kasar dgn bahasa halus, atau dgn struktur sintaksis. Struktur sintaksis ini hendaklah boleh menghilangkan kesamaran, mengurangkan ulangan & mengenepikan tafsiran ketaksaan. —Meminda & mengikhtisarkan istilah umum yg longgar kp komponan yg lebih jelas.—Membakukan keganjilan idiolek (bahasa yang bersimpang-siur),—Berhak membetulkan kesilapan fakta dan sesuatu yg tertinggal,Mencatatkan apa yang perlu dilakukan dalam nota kaki, —Lebih bersifat khusus. Pembaca teks sasaran mengandaikan diri mereka sama dengan pembaca teks sumber.

Terjemahan Semantik
Terjemahan Semantik ialah terjemahan yang mencuba menghuraikan makna konteks yang terdpt dlm teks asal setepat-tepatnya, setakat yang dibenarkan oleh struktur semantik dan sintaksis bahasa sasaran.

Ciri-ciri Terjemahan Semantik
  —Banyak berkisar dalam budaya asal.
—  Menolong pembaca hanya pada konotasi.
—  Lebih cenderung kepada terjemahan berlebihan.
  —Mementingkan makna.
—  Mementingkan bahasa sumber.
—  Lebih bersifat rumit, lebih terperinci, lebih kekok, lebih mendalam dan lebih menelusur      proses fikiran penyampai daripada tujuannya.
—  Mementingkan bahasa dan mengandungi maklumat yang banyak.
       Mutu terjemahan semantik selalunya lebih rendah. 
      —Menyebabkan makna teks sumber hilang. 
      cuba mencipta semula setepatnya nada & sifat khusus teks asal. 
      —Perkataannya dianggap tidak boleh diusik. Terjemahan semantik terpisah daripada masa dan ruang setempat
     —Cuba mengekalkan idiolek penulis. 
     —Bentuk ungkapan khusus penulis lebih utama. 
     —Bersifat lebih luas dan sejagat. 
     —Berbicara dengan semua pembaca atau pendengar.
sumber: nota kuliah ke empat Tejemahan Arab Melayu

Selasa, 4 Jun 2013

Kriteria Penterjamah

InsyaAllah hari ini kami akan kongsikan pula apa saja kriteria seorang penterjamah...
mungkin diantara kita ada yang beranggapan bahwa hanya dengan menggetahui dua bahasa sesorang sudah boleh menterjamah, sebenarnya itu adalah pandangan yang kurang tepat. untuk menjadi seorang penterjamah ianya memerlukan kriteria-kriteria tertentu.
jom... sama-sama kita pelajari syarat-syarat menjadi seorang penterjemah...
wahid....
isnani...
            tsalasah...
start...
 ada 5 Syarat Utama jika kita ingin menjadi seorang pentejemah yaitu:

MENGGETAHUI BAHASA SUMBER SECARA MENDALAM.
Bahasa Sumber ialah bahasa asal yang hendak diterjemahkan ke bahasa sasaran.
misalnya kita ingin menterjemah buku dari melayu ke arab, maka melayu adalah bahasa sumber dan arab adalah bahasa sasaran, kedua-dua nya sangat penting bagi seorang penterjemah untuk diketahui secara mendalam.
mungkin, diantara kita ada yang tertanya-tanya menggapa seorang penterjemah perlu menggetahui bahasa sumber secara mendakam...????  jawapan nya ialah supaya  membolehkan seseorang penterjemah mengetahui selok-belok keistimewaan dan keganjilan bahasa sumber supaya dapat membezakan makna yang terkandung dalam teks asal dan dengan itu, mentakrifkan dan menafsirkan maksudnya dengan tepat.

MENGGETAHUI BAHASA SASARAN/PENERIMA SECARA MENDALAM.
  Menurut para pakar terjemahan, seseorang penterjemah harus  menguasai bahasa penerima lebih baik dari bahasa sumber atau sekurang-kurangnya  ia menggetahui bahasa sasaran sama baik nya dengan ia menggetahui bahasa sumber.


MENGGETAHUI BIDANG/SUBJEK YANG AKAN DITERJEMAHKAN
penggetahuan seorang penterjemah secara mendalam  bidang yang akan diterjemahkannya ialah untuk menjamin supaya makna atau maklumat yang terkandung dalam teks asal dapat dipindahkan dengan tepat dan sempurna daripada bahasa sumber ke dalam bahasa penerima, kerana ianya penting untuk penterjemahan teks-teks khusus, teknik,  dan penterjemahan karya-karya sastera.
MENGGETAHUI TEORI TERJEMAHAN
dalam menterjemah ianya Ada teori & kaedah ilmiahnya sendiri. kita Bukan hanya memindahkan perkataan sahaja, tetapi  memindahkan idea, maklumat dan gaya. seorang penterjemah  memerlukan bantuan ilmu pengetahuan yang mencukupi dalam bidang teori dan kaedah terjemahan semasa menjalankan penerjemahan.

MENGGETAHUI SASARAN PEMBACA
ini juga perlu bagi seorang penterjemah untuk diketahui Terjemahan perlu sesuai dengan pembaca sasaran dan Laras bahasa perlu dijaga.
Contohnya: Kalau sasarannya ialah kanak-kanak, maka laras bahasa yang digunakan mestilah sesuai dengan kanak-kanak tersebut.

diantara syarat utama yang diatas ada juga Syarat Tambahan untuk seorang penterjemah yaitu

  •        Mempunyai fikiran yang terbuka
  •        Ingatan yang baik
  •        Minat yang mendalam
  •        Boleh bekerja sendiri
  •        Tidak malu bertanya
  •        Jujur dan amanah

         nak x tau lagi satu apa yang penting bagi seorang penterjemah..???? kriteria yang juga penting bagi seorang penterjemah ialah PENGALAMAN, pengalaman adalah Aset yang bernilai, Tidak datang bergolek, Diperoleh daripada ilmu dan latihan penterjemahan yang berpanjangan. penterjemah juga Boleh manfaatkan pengalaman orang lain, perlu mencari pengalaman sendiri.
note: Experience is the best Teacher

Tugas menterjemah bukanlah tugas yang mudah. Penterjemah perlu melengkapkan diri dengan pelbagai syarat dan kebolehan sebelum berupaya menterjemah sesebuah teks dengan baik.Semua syarat ini tidak mungkin dapat dipenuhi dengan mudah, semua ini boleh dicapai jika penterjemah rajin berusaha, rajin belajar & berlatih.

note : ingat kembali CITRA PENTERJEMAH


"Jika Anda tidak pandai Mengarang maka jadilah seorang Penyunting jika anda tidak pandai mengarang dan menyunting jadilah seorang Penterjemah"

                                                     "Semoga Bermanfaat".
Sumber: nota kuliah yg ke 2 terjemahan arab melayu 
By         :Ramadanti idrus